..:: Malaysia Manchester United Fan Club Forum ::..


Aktiviti

[Image: bannergantung.jpg]

 
Anda boleh bantu kelab beroperasi dengan klik iklan diatas. TQ

Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Jenayah,Masalah Sosial,Keruntuhan Akhlak dll
08-11-2009, 09:42 PM (This post was last modified: 08-11-2009 09:51 PM by kamaldini.)
Post: #1
Jenayah,Masalah Sosial,Keruntuhan Akhlak dll
salam dan selamat sejahtera,

setelah puas sy meredah ke segala thread,tiada topik khusus utk kite membicarakan ttg isu semasa berkaitan masalah sosial,jenayah dsbnya. oleh itu, diharap topik ini dapat sama2 kita berkongsi pendapat,berkongsi maklumat,tips dan panduan,cara mngatasi,berita2 terkini berkaitan masalah sosial,keruntuhan akhlak,jenayah dll.semuga ia boleh dijadikan panduan dan teladan utk kita menmpuhi hari2 mendatang di negara tercinta ini. yg baik dtg dari Allah, yg buruk dtg dr kite insan yg lemah ini.tema topik ini "Jenayah membawa padah".harap topik ini tidak menyentuh isu2 sensitif bg menjaga keharmonian negara berbilang kaum di Msia.saya mulakan dengan berita dlm metro harini.


ps:harap dapat kelulusan dr pihak berkuasa mymanutd,klu dah ada topik ni,sila move ke tpt sepatutnya.tq



Quote:Apa kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.?

Peningkatan kes jenayah bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan lain-lain kesalahan jenayah membabitkan pelajar yang meningkat membimbangkan . Jumlah tangkapan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun juga turut mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Sepanjang 2007, 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan, manakala tahun lalu, jumlah kes jenayah meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes dengan 3,725 pelajar ditahan. Ini satu perkembangan yang merisaukan dan perlukan tindakan segera bagi mencari jalan penyelesaian kepada perkara ini. Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia turut menunjukkan pelajar cenderung untuk terbabit dalam aktiviti kurang sihat seperti mat rempit dan gengsterisme. Masalah gengsterisme yang dilaporkan semakin menular ke peringkat sekolah juga tidak boleh dipandang remeh..".

Quote:Perompak bertopeng H1N1


SUBANG: Dua lelaki yang menggunakan topeng penutup muka untuk mencegah selesema ******, mengambil masa kurang tiga minit untuk melarikan tujuh dulang barang kemas bernilai hampir RM350,000 dalam satu rompakan di sebuah kedai emas di sebuah pusat beli-belah di USJ Subang, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.00 tengah hari, dua lelaki terbabit menyamar sebagai pelanggan dengan memakai topeng muka memasuki premis berkenaan di tingkat satu Pusat Beli Belah The Summit sebelum seorang daripada mereka mengacukan pistol ke arah pekerja kedai itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, ketika kejadian seorang suspek menunggu di luar manakala seorang lagi mengacukan pistol ke arah pekerja kedai emas itu sambil mengugut tidak berbuat apa-apa.

“Ketika itu, hanya dua wanita iaitu pekerja kedai berada dalam premis yang turut tidak mempunyai pengawal keselamatan itu.


“Akibat ketakutan selepas diacukan pistol, seorang daripada wanita itu memasukkan tujuh dulang barang kemas ke dalam beg yang dicampak suspek ke arahnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam - HM

kesempatan digunakan dr wabak H1N1..
Quote: Jangan berpeluk tubuh
Maka kita tidak perlu bertindak atau berbuat sesuatu untuk membantu polis dalam menjalankan tugas-tugas membanteras jenayah. Malah menganggap polis menjaga keselamatan kita dalam waktu tidur ataupun jaga. Memang benarlah semua itu kerja polis.

Tetapi masyarakat juga ada tanggungjawab yang tidak kurang besarnya untuk membantu pasukan polis. Bagaimanapun persepsi bahawa banteras jenayah kerja polis ini akhirnya membentuk satu sikap tidak endah orang awam terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Ini ditambah pula dengan sosialisasi kehidupan bandar yang agak individualistik.

Pada masa yang sama pula ada sesetengah ibu bapa pula kelihatan sangat liberal tentang sosial. Sikap begini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah terutama remaja.

Hakikatnya membanteras jenayah adalah tugas dan tanggungjawab bersama antara polis dan anggota masyarakat.

Polis memang dipertanggungjawabkan membanteras jenayah, masyarakat pula harus mempunyai sikap membantu polis. Pertanyaan sinis yang dilontarkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari,

“Di mana peranan ibu bapa, di mana peranan masyarakat,’’ bukan perkara kecil tentang sikap masyarakat terhadap jenayah. Pertanyaan ini menuntut kita melihat secara jujur apakah masyarakat telah lakukan tanggungjawab mereka atau sekadar melihat saja tanpa mempedulikan apa-apa.

Polis selalu dituding jari kalaupun tidak dipersalahkan apabila meningkatnya kadar kejadian jenayah pada satu-satu masa. Polis menjadi tempat untuk masyarakat menuding jari mencari kelemahan.

Polis pula menelan semua itu dengan penuh hemah. Sedangkan anggota masyarakat sendiri terlupa bahawa mereka juga bertanggungjawab apabila kadar jenayah meningkat.

Peranan ibu bapa, persatuan-persatuan penduduk, Rukun Tetangga dan individu tetap penting untuk membendung kejadian jenayah. Polis hanya pihak berkuasa, tetapi masyarakat pula adalah pembentuk nilai yang baik.

Sekiranya masyarakat menjalankan tanggungjawabnya, sudah tentu ini menyumbang kepada penurunan angka-angka kejadian jenayah. Kita kena berlaku adil kepada polis dan melihat secara menyeluruh tugas mereka yang menuntut kerjasama daripada masyarakat. Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke- 4 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendedahkan remaja yang terlibat dalam salah laku sosial adalah daripada keluarga yang bersikap sederhana dan liberal.

Sikap sederhana atau sedikit liberal adalah baik. Tetapi perlu ada batas-batas tertentu untuk memastikan keterbukaan itu tidak disalahgunakan oleh remaja.

Hal inilah yang boleh membantu polis menangani masalah jenayah. Statistik kajian itu menunjukkan hanya empat daripada 12 peratus remaja menganggap ibu bapa mereka berfikiran konservatif. Sikap liberal dan sederhana ibu bapa boleh menyumbang kesan yang positif, pada masa yang sama boleh jadi ada kesan negatif kepada remaja.

Daripada kajian ini kita boleh melihat bahawa tanggungjawab anggota masyarakat tetap besar untuk membendung jenayah khususnya remaja.

Mengikut statistik polis pula, kes jenayah kekerasan yang dilaporkan ialah 21,604 (2000), 20,390 (2001), 20,834 (2002), 22,790 (2003), 21,859 (2004) dan 22,133 (2005). Sementara kes jenayah kekerasan pada tiga bulan pertama tahun ini ialah 12,210.

Antara definisi jenayah kekerasan ialah meliputi bunuh, cubaan membunuh, samun berkawan bersenjata api, samun tanpa senjata api, rogol dan mencederakan manusia.

Polis telah memperlihatkan kecekapan untuk menyelesaikan kes-kes yang dilaporkan. Misalnya 13,032 daripada 22,133 kes jenayah kekerasan tahun lalu dapat diselesaikan. Pada tahun-tahun tertentu angka-angka kes jenayah kekerasan meningkat.

Tetapi kita jangan lupa bahawa ini disebabkan oleh peningkatan kes yang dilaporkan kepada polis. Ini berlaku kerana kesedaran yang semakin meningkat untuk membuat laporan kepada polis. Ini juga satu kejayaan polis meningkatkan kesedaran masyarakat untuk membuat laporan.

Menurut Fauzi, pada empat bulan pertama tahun ini, kadar kes jenayah kekerasan telah meningkat antara 11 hingga 13 peratus khususnya melibatkan rompakan dan rogol.


Bagaimanapun kadar penyelesaian kes jenayah berat secara keseluruhannya mencapai lebih 50 peratus. Semua ini menunjukkan polis telah menjalankan tanggungjawab dan tugas dengan cemerlang.

Tetapi mengharapkan polis saja tentulah tidak adil kerana jenayah adalah penyakit sosial yang berlaku dalam masyarakat. Jadi, mahu tidak mahu masyarakat tetap mempunyai peranan membanteras atau mengurangkan angka-angka kes jenayah.

Salah satu pendekatan yang boleh dilakukan ialah dengan mengubah sosialisasi kehidupan terutama di bandar-bandar besar. Kalau dilihat kehidupan di bandar-bandar terutama kawasan elit, tahap individualistik begitu tinggi. Ini dengan sendirinya mengecilkan ruang interaksi untuk membina satu jambatan kemasyarakatan.

Tahap mengambil tahu antara satu dengan lain berada pada tahap yang rendah. Suatu masa dulu telah diwujudkan Rukun Tetangga di taman-taman perumahan. Tujuan Rukun Tetangga ialah membina keprihatinan dalam kalangan masyarakat setempat terhadap kawasan mereka.

Tetapi kini Rukun Tetangga sudah hampir pupus. Banyak taman-taman perumahan di Kuala Lumpur misalnya sudah tidak ada Rukun Tetangga. Pada hal ini adalah satu mekanisme untuk meningkatkan keakraban seterusnya ambil tahu apa yang berlaku dalam lingkaran masyarakat. Pepatah Melayu ada menyebut, “Jangan menjaga tepi kain orang.

’’ Dalam konteks tertentu, maksud pepatah ini memang wajar. Tetapi tidak boleh dalam semua keadaan kita tidak boleh mengambil tahu hal orang lain. Maknanya kesedaran tentang tanggungjawab mesti dipertingkatkan. Persatuan-persatuan penduduk perlu bertindak membentuk anggota masyarakat yang berpekerti tinggi.

Pada masa yang sama mereka juga menjadi mata dan telinga polis untuk melaporkan segala kegiatan jenayah yang barangkali terlepas daripada pandangan polis. “Adakah kita hanya mahu memeluk tubuh saja apabila senario ini berlaku, polis boleh menyiasat dan menangkap tetapi ibu bapa, orang kampung, Rukun Tetangga dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pun kena bersama-sama polis,’’ demikian kata Fauzi baru-baru ini.

Masyarakat kena menjawab pertanyaan Fauzi dengan memperlihatkan prihatin yang lebih tinggi terhadap masyarakat setempat. Ini kerana menjadi anggota masyarakat yang baik bukan saja tidak mengganggu orang sebaliknya kena “menjaga tepi kain orang.’’

-petikan dr laman web KPWKM


TokGajah,Red Devil,Italia
Facebook Aku
tambah duit kopi..; ) igetworld.com n
rm20segera.com
Visit this user's website Find all posts by this user
Quote this message in a reply
08-11-2009, 10:04 PM (This post was last modified: 08-11-2009 10:07 PM by runaway_32.)
Post: #2
RE: Jenayah,Masalah Sosial,Keruntuhan Akhlak dll
wah sey.. kome sokong awok..
tp, mmg bagus utk kita membincangkan masalah yang menjadi isu2 penting..
nak2 yang melibatkan bangsa sendiri...isu perkauman...isu2 yang menyentuh sensitiviti org2 malaysia
dgn thread ini kita boleh bertukar-tukar idea kan..kan..kan

p/s: 1 thanx buatmu bro
salam 1 Malaysia

Visit this user's website Find all posts by this user
Quote this message in a reply
08-11-2009, 10:19 PM
Post: #3
RE: Jenayah,Masalah Sosial,Keruntuhan Akhlak dll
(08-11-2009 10:04 PM)runaway_32 Wrote:  wah sey.. kome sokong awok..
tp, mmg bagus utk kita membincangkan masalah yang menjadi isu2 penting..
nak2 yang melibatkan bangsa sendiri...isu perkauman...isu2 yang menyentuh sensitiviti org2 malaysia
dgn thread ini kita boleh bertukar-tukar idea kan..kan..kan

p/s: 1 thanx buatmu bro
salam 1 Malaysia

poh aok
kongsi le cite
pengalamn kn ragut ke..nampk org pecah rumah ke
anything yg berkaitan
leh kite kongsi2 ape yg ptt..hihi


TokGajah,Red Devil,Italia
Facebook Aku
tambah duit kopi..; ) igetworld.com n
rm20segera.com
Visit this user's website Find all posts by this user
Quote this message in a reply
08-12-2009, 12:19 AM
Post: #4
RE: Jenayah,Masalah Sosial,Keruntuhan Akhlak dll
ermmm bg aku jenayah kt msia dh serius dh weh..penjenayah bkn org msia je..pndtg asing pn rmi dh jd penjenayah kt msia..kdg2 aku tgk kes2 jenayah byk dilakukn pendtg asing..
cm kes tmpt kwn aku..rmi pendtg asing ni skng kuar ajo..laptop bdk university rmi jd mangsa ugutan..kalo x bg laptop kne sembelih..gle r weh..sori r aku mmg xske r pndtg asing wt kerek kt cni..
then bru2 ni umh member aku kne rompak..ngn spe??ngn pndtg asing gak....bca kt aper2 or tv..jnayah2 byk dilakukn spe???pndtg asing gak..aku bhrp r pm amek serius mnda ni..xthn dh weh..siap wt kmpung sniri lg..pling xthn kaco ank dara org..berapi siot aku..


[Image: ssheadbangbanner.gif]
Visit this user's website Find all posts by this user
Quote this message in a reply
08-12-2009, 12:26 AM
Post: #5
RE: Jenayah,Masalah Sosial,Keruntuhan Akhlak dll
bagus2..dlm forum ni sume dpt bincang..bukan psl bola je..forum cam ni la yg kite nak kan.. pakej lengkap sebagai human beings..

sbnarnye jenayah ni berlaku 1 je, sbb penting diri sendiri. nak bende dgn care senang. x pkir org len, kalo die nak, die akn berkeras gak..

sanggup diorg mengorbankan nyawa org len sbb nk die idup senang.. kalo la jumpe depan mate, geram nk pijak2 smpai terkluar bijik mata tuh..huh!..

ops.ter emosi jap..haha


Forever Manchester United
One United

Kota Bharu-Bangi-Manchester
Visit this user's website Find all posts by this user
Quote this message in a reply
08-12-2009, 12:49 AM
Post: #6
RE: Jenayah,Masalah Sosial,Keruntuhan Akhlak dll
(08-12-2009 12:19 AM)hurley6661 Wrote:  ermmm bg aku jenayah kt msia dh serius dh weh..penjenayah bkn org msia je..pndtg asing pn rmi dh jd penjenayah kt msia..kdg2 aku tgk kes2 jenayah byk dilakukn pendtg asing..
cm kes tmpt kwn aku..rmi pendtg asing ni skng kuar ajo..laptop bdk university rmi jd mangsa ugutan..kalo x bg laptop kne sembelih..gle r weh..sori r aku mmg xske r pndtg asing wt kerek kt cni..
then bru2 ni umh member aku kne rompak..ngn spe??ngn pndtg asing gak....bca kt aper2 or tv..jnayah2 byk dilakukn spe???pndtg asing gak..aku bhrp r pm amek serius mnda ni..xthn dh weh..siap wt kmpung sniri lg..pling xthn kaco ank dara org..berapi siot aku..

aku nk salahkan pendatang pon susah gak
sbb kadang2 org kite gak
bg muka lebih sgt
pijak kpla la..
aku panah bc 1 artikel..dia tulis kes melibtkan pendatang x bayak sbnrnya
aii konfius aku bacanyer..pelik bin ajaib


TokGajah,Red Devil,Italia
Facebook Aku
tambah duit kopi..; ) igetworld.com n
rm20segera.com
Visit this user's website Find all posts by this user
Quote this message in a reply
08-12-2009, 11:50 AM
Post: #7
RE: Jenayah,Masalah Sosial,Keruntuhan Akhlak dll
kawe xnk ckp sgt psl jenayah dr pendatang..

fokus utama ialah mslh sosial n moral remaja Malaysia..
everyday i face with teenager...org melayu kite..mcm2 pe'el..perangai bleh tgk..yg baik,yg pandai hormat org tua/lbh berusia..sopan santun..yg degil,keras kepala,yg xtau ape2 pom ade...

for me,the only problem is..menipis nye iman didada masing2...kl sehari muka,tngn n kaki x bsh 5x....mmg cpt utk terpesong...

i've been a teenager before..n now working among them..bleh la tgk n compare yg dlu ngn skang...alhmdulillah kt cni blum lg ade kes buang anak ke ape...tp kes ditangkap 'berdua2an'...dh penah la..

lgkh terbaik,pihak pngurusan amalkn solat jemaah..alhamdulillah,setiap waktu penuh gak la surau tu..walaupun hny 2-3 saf sja...itu yg sbnrnye lgkh pencegahan yg terbaik..

*just my sharing...


[Image: AIG.jpg]

....kosong 1 dua...sik nain egg...tree egg ooo tu....
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
08-12-2009, 12:26 PM
Post: #8
RE: Jenayah,Masalah Sosial,Keruntuhan Akhlak dll
pada pandangan sis, sumer tu dtg dr diri sendirik. pihak2 tertentu buat la mcm mane pon, tp kalau sendiri tak mau ubah, takkan la plak nak salahkan gomen, parents, agama atau sebagainye. apart from that community memainkan peranan yg besar.

sebagai contoh, dlm paper, dlm seminggu kes rogol mesti ade. yg tak bley blah, pak aji pon dok rogol anak dara org la, bini org la. dun tell me he didn't went to semayang jemaah kat surau/masjid. nama pon pak aji kan? unless he is actually pak ajinomoto la..

betol la kate bro ronaldokelate, langkah pencegahan mcm solat jemaah, etc sumer kena ade. tp da cegah camne pon, kalau sendirik buta hati, cucu sendirik pon di bedalnye. Kadang tgk rupe, 'mcm umah kate pergi, kubur kate mari' pon ade.

ade jugak, kes, yg isteri sampai complaint husbandnye alim tak penah tggl solat, tp dok tgk porno, bercinta2 dgn anak dara org.. again, wat happened to this so-called alim ppl?

how abt budak2 asrama skolah agama, yg punya disiplin tinggi, solat jemaah 5 waktu, baca al-quran tp sudahnye bunuh budak junior jugak?

dun get me wrong. not dat i dun believe in org alim. tp kalau da org yg alim yg sepatutnye dipandang mulia dlm masyarakat Islam sendirik membuat onar, yg kat luar apetah lagi?

kalau org islam sendirik nak terima soalan sesama islam berkenaan sesuatu prasangka terus aje dituduh kafir, mcm mane org2 ni nak balik ke jalan sebenar?

kite salahkan sumer mende, dia jahat la, degil la, tak smayang la, ape la.. what are we doing anyway? are we helping these ppl? ke rase2 if they all masuk penjara tu kite da tlg sbb duit baya tax kat gomen tu pakai bagi they all makan? is dat enuff?

sis jumpe manusia mcm ni. ade org tny, "kalau Allah itu adil, kenapa dia turunkan sumer penyakit pada kite umat Islam?" Ade makhluk ni terus jawap, "kenapa tak pecaya? ko nak jadik kafir ke?" Itu ke jawapan org Islam? hahaha.. very funny!

drpd manusia ni nak mencari jalan yg benar, hanya kerana makhluk yg sangka hebat bagi jawapan sedemikian rupe, silap2 haribulan we divert these ppl to jalan yg lebih jauh terpesong..

tgk org kuar penjara pon kadang2 mcm2 prasangka kite bagi pd org tu. Are we helping them to go back to where they shud belong? or we just let them sway and continue their wrong doings and say becoz they dun pray 5 times a day?

Tepuk dada tny selera.

Find all posts by this user
Quote this message in a reply
08-12-2009, 12:32 PM
Post: #9
RE: Jenayah,Masalah Sosial,Keruntuhan Akhlak dll
Ok gud..any idea.
kite leh kongsi pandangan..

ps: ronaldokelate --> kata2 mu cam yb la..ekeke


TokGajah,Red Devil,Italia
Facebook Aku
tambah duit kopi..; ) igetworld.com n
rm20segera.com
Visit this user's website Find all posts by this user
Quote this message in a reply
08-12-2009, 12:52 PM
Post: #10
RE: Jenayah,Masalah Sosial,Keruntuhan Akhlak dll
dlm zaman skrg ni nk cr solution mmg ssh laa. kite skrg dh trlalu 'open'. x mcm org2 dulu, maklumat terhad. budak2 skrg ni nk dpt maklumat trlalu mudah. klik pki jari je dh dpt. dan yg paling teruk lg maklumat2 yg x patut pn bleh didapati dgn mudah.
pastu sikap majoriti rakyat Malaysia sendiri yg prejudis dan mudah buruk sangka dan suka cr kesalahan org lain sblm tgk kesalahan sndiri....
budak2 skrg pn manja... kene rotan ckit dh repot polis masuk paper. time2 aku dulu kalo kene rotan ngan cikgu, tobat x bgtau mak bapak... dh tentu balik umah kene lg seround dua libasan kt punggung. dulu mak bapak hntr anak gi ngaji siap bg rotan lg kt cikgu. kalo anak nakal ke, wat salah ke, cikgu dpt lesen utk rotan.
zaman skrg punye manusia dh bnyk berubah. skrg kalo nk mendidik pun kene wat perubahan. kesian gak tgk cikgu2, ustaz2, ustazah2 kt sekolah skrg. pressure nk mendidik anak org jd manusia brguna smpi dieorg bleh kene tekanan mental. dpt plak anak2 murid yg x dgr ckp. nk marah pn serba salah sbb takut kene marah balik ngan mak bapak....
mcm kata sis manutd711 td, pokok pangkal nye mula ngan diri sendiri....
kite yg menentukan hala tuju hidup masing2. nk lurus ke bengkok... kalo diri kite ni elok, insyaAllah org2 yg hampir ngan kite pn akan turut dpt tempias elok kite tu. perbaiki diri sndiri dulu, muhasabah diri... ubah diri sendiri dulu ke arah yg baik. insyaAllah perubahan itu turut mmberi kesan pd yg lain....


-<No Sacrifice, No Victory>-
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
Post Reply 


Forum Jump: