Pada hari Sabtu yang lepas, bersamaan 11 Julai 2009, telah diadakan perlawanan persahabatan di antara pasukan futsal Mymanutd bersama pasukan Harimau Malaya.com. Perlawanan persahabatn tersebut telah diadakan di Sport Planet Subang Grand. Perlawanan tersebut adalah selaras dengan menyambut kedatangan Manchester United yang akan menentang pasukan pilihan Malaysia pada 18 Julai nanti.
Setelah dipersetujui kedua-dua pihak, perlawanan yang boleh diklasifikasikan sebagai perlawanan antara kelab penyokong Manchester United dan kelab penyokong Malaysia, telah membuat keputusan untuk menurunkan dua pasukan futsal bagi setiap kelab. Setiap pasukan berpeluang untuk bermain 2 perlawanan menentang pasukan A dan B kelab lawan.
Perlwanan persahabatan tersebut dimulakan kira-kira jam 5 petang dengan dimulakan kedua-dua kelab menurunkan pasukan A. Perlawananan kedua selepas itu adalah di antara pasukan B Mymanutd dan pasukan B HMC. Setelah selesai kedua-dua perlawanan ini, kedua-dua pasukan berehat seketika bagi mnyusun strategi untuk bermain dalam perlawanan seterusnya.
Setelah rehat yang agak panjang, perlawanan diteruskan dengan pasukan A Mymanutd menentang pasukan B HMC. Perlawanan terakhir pada hari tersebut adalah di antara pasukan B Mymanutd bertemu pasukan A HMC.
Kesemua perlawanan berjalan dengan baik tanpa sebarang pergaduhan atau gangguan. Keputusan penuh yang diperolehi hasil dari jaringan kedua pasukan, Mymanutd tewas 8-17.
Walaupun dengan menghadapi kekalahan, pasukan Mymanutd tetap komited untuk meneruskan perjuangan bagi menaikkan nama kelab Mymanutd ini. Langkah pertama yang di ambil adalah dengan mendapatkan khidmat seorang juralatih berasal dari Iraq yang telah lama bermastautin di Malaysia. Beliau merupakan kakitangan AFC, dan juga pada yang sama telah bersama dalam Mymanutd sebagai ahli kelab. Pihak pengurusan dan meja penulis mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada saudara CoachAziz yang secara rasmi menjadi coach futsal Mymanutd.
Selain dari acara futsal, turut terlibat pada hari itu adalah sebuah syarikat TV tempatan, RTM. Mereka mengambil kesempatan ini untuk mengadakan temuramah sempena kedatangan Manchester United ke Malaysia. Beberapa orang telah terpilih untuk mewakili Mymanutd sebagai jurucakap dan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan. Antara soalan-soalan yang ditanyakan adalah, adakah kedatangan Manchester United ke Malaysia adalah sebagai hiburan atau mencari pengalaman buat pemain Malaysia? ; Mampukah pemain-pemain Malaysia meraih sesuatu yang berharga di sebalik perlawanan ini?. Untuk mengetahui jawapan, sila nantikan kemunculan temuramah ini di RTM.
Turut sama menyaksikan perlawanan persabatan ini adalah seperti, saudara Rushdi, saudara Wakslee, saudara Aneep, saudara Eastma, saudara Ikmalisme, saudara Carrick, saudara Zeiwa, saudara Pisco dan isteri, saudari NurulCR77, saudari Fa.nadya, saudari Redqween dan ramai lagi. Kemeriahan turut terasa apabila turut diadakan aktiviti futsal wanita, yang hanya melibatkan 4 orang gadis Mymanutd dan selainnya diisi kekosongan oleh jejaka-jejaka Mymanutd yang sangat bersemangat. Kehadiran semua memberi sokongan amat dihargai dan diharap akan terus memberi sokongan pada setiap aktiviti Mymanutd di masa akan datang.
Glory! Glory! Manchester United!!! Majulah sukan untuk Malaysia!!! We are One United!!!
-by aneep (blogmaster)










As salam…
Lame gler tak amik taw pasal forum and futsal mymanutd yang byk gler kenangan..
to blogmaster..le tak aku taw si botax still player mymanutd@HMC?
Im juz asking coz aku nak taw botax is the best player so far i known that i ever played with..the best defender in futsal i ever known..heheheh…(royalti skit yer botax coz highlite nama ko lebeh2!)..anyway,this year aku bz sangat nak rbuilt balik life aku since aku baru jer join company baru yg sama ngn mr prez kita..
Anyway,this blog memang superb bro!!!congrats to all your efforts!!!
Glory2 Man Utd!!!