Manchester United kini pasti bergelar juara Liga Perdana Inggeris 2009. Walaupun hanya keputusan seri 0-0 mampu diraih Manchester United ketika menentang Arsenal semalam, namun ia sudah memadai untuk menjulang piala Liga Perdana Inggeris itu untuk kali ketiga berturut-turut dan kali ke-18 secara keseluruhan. Keputusan itu juga membuatkan Liverpool berputih mata tanpa sebarang piala untuk musim ini.

Perlawanan semalam sedikit membosankan bagi sesiapa yang menyaksikannya. Serangan demi serangan yang dilakukan langsung tidak membuahkan hasil. Pada separuh masa pertama, banyak peluang terhidang, namun tiada penyudah yang dapat dibuat. Walaupun penguasaan ditunjukkan oleh Manchester United, namun penyudah yang menerjah jaring tidak dapat disempurnakan. Barisan serangan yang diketuai Wayne Rooney dan Carloz Tevez seolah-olah terlalu berhati-hati untuk membuat serangan, dah akibatnya tiada jaringan pada separuh masa pertama.

Sir Alex Ferguson

Pada separuh masa kedua, rentak permainan ternyata sekaliĀ  berubah. Permainan mula menjadi aggresif dengan bentesan-bentesan keras yang dilakukan oleh pemain-pemain Arsenal sehingga menyebabkan beberapa pemain tonggak Arsenal dilayangkan kad kuning. Pada masa yang sama, penguasaan yang ditunjukkan oleh Manchester United pada separuh masa pertama seolah-olah telah diberikan kepada pihak lawan. Hampir 60% penguasaan pasukan Arsenal pada separuh masa kedua. Serangan-serangan yang dilakukan juga agak membahayakan. Namun kekebalan barisan pertahanan dan penjaga gol berjaya menyerap serangan tersebut.

Pada separuh masa kedua juga, setelah Carlos Tevez dikeluarkan, barisan serangan tampak kurang menyerlah. Tiada lagi serangan yang merbahaya dapat dilakukan, sebaliknya Arsenal yang berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Manchester United. Sehingga masa kecederaan, tiada gol yang dapat dihasilkan. Debaran kian terasa kerana 3 minit masa tambahan diberikan dan penguasaan jelas milik Arsenal. Tetapi, akhirnya ia berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. Keputusan ini membolehkan Manchester United dinobatkan sebagai juara dan mengatasi pencabar terdekat LIverpool.

Kepada penyokong Liverpool dan Chelsea, cuba lagi di masa hadapan. Manchester United masih lagi dahagakan kejuaraan. Sasaran seterusnya adalah Liga Juara-juara Eropah menentanc Barcelona pada 25hb Mei 2009. Di harap pasukan kesayangan kita dapat meneruskan rentak kejuaraan.

Glory! Glory! Manchester United!!!

- by aneep (blogmaster)

Pada pagi Khamis yang lepas, satu perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara pasukan kebanggaan kita semua, Manchester United yang bertandang ke JJB Stadium untuk menentang Wigan. Kemenangan adalah sangat penting bagi Manchester untuk memastikan mahkota Liga Perdana Inggeris adalah milik Manchester United.

Seperti yang dijangkakan, Manchester United bermula garang dengan serangan bertali arus. Barisan serangan yang diketuai Wayne Rooney melakukan beberapa percubaan pada 15 minit pertama, namun semua percubaan tidak menepati sasaran. Ronaldo juga mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, namun sekali lagi rembatan beliau juga tersasar.

Serangan bertubi-tubi yang dibuat Manchester United nyata tidak menggusarkan tuan rumah, Wigan. Satu serangan balas yang dicipta pada minit ke-28 ternyata menunjukkan tanda-tanda kebangkitan tuan rumah. Dengan serangan mengejut yang dilakukan, barisan pertahanan Manchester United tampak leka dan Vidic telah melakukan kesilapan apabila tidak berjaya mengawal penyerang Wigan, Rodallega yang telah menewaskan barisan pertahanan dan juga penjaga gol Manchester United, Edwin Van de Sar.

Jaringan itu nyata sekali menyentak pemain dan juga pengurusan Manchester United. Sir Alex Ferguson tenyata berang dengan kealpaan pasukan kendaliannya itu. Beliau juga kelihatan marah terhadap barisan serangan yang kerap kali melepaskan peluang menjaringkan gol. Keputusan tuan rumah, Wigan 1, pelawat 0, kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Sir Alex telah membuat beberapa pertukaran bagi menajamkan bahagian serangan. Antara yang dimasukkan adalah penyerang dari Argentina, Carlos Tevez yang menggantikan Anderson. Kemasukan Tevez ternyata memberi impak yang positif. Hasilnya, pada minit ke-61, Manchester United berjaya menyamakan kedudukan hasil sentuhan ajaib Tevez yang menyambut rembatan Michael Carrick.

Jaringan itu ternyata menaikkan semangat Manchester United untuk terus menjaringkan gol. Namun ketangkasan penjaga gol Wigan begitu menyerlah. Setiap rembatan diselamatkan dan berjaya ditepis keluar. Manchester United hanya memerlukan 4 mata untuk menjadi juara Liga Perdana Inggeris. Kedudukan 1-1 pada ketika masa hampir tamat menyebabkan Sir Alex berkira-kira untuk mempertahankan kedudukan seri itu dan bakal menempuh perlawanan harus menang ketika bertemu Arsenal pada perlawanan seterusnya.

Namun, sekali lagi tuah memihak kepada pasukan Manchester United. Pada minit ke-86, hantaran yang dibuat O’Shea singgah tepat di kaki Michael Carrick yang tidak dikawal. Peluang yang terbuka itu diambil sebaik mungkin dengan membuat rembatan kencang melencong ke sisi gol Wigan dan menewaskan penjaga gol Wigan. Jaringan itu ternyata membuatkan kesemua pemain Manchester United di dalam padang dah di luar padang bersorak kegembiraan kerana hampir pasti memungut mata penuh. Sir Alex Ferguson juga kelihatan ceria dan seronok dengan jaringan itu. Ianya adalah sesuatu yang memang menakjubkan bagi semua peminat Manchester United.

Setelah 3 minit masa tambahan diberikan, pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat dengan keputusan akhir, Wigan 1- Manchester United 2. Dengan kemenangan itu, Manchester United hanya memerlukan satu mata ketika bertemu Arsenal di Old Trafford pada hari Sabtu nanti. Seandainya 1mata atau lebih berjaya dikutip Manchester United, piala Liga Perdana Inggeris akan dijulang oleh pemain-pemain di hadapan penyokong sendiri di Old Trafford.

Di harap, Manchester United berjaya meraih kemenangan pada perlawanan seterusnya. Kemenangan ini amat bermakna buat semua penyokong yang tidak pernah lupa memberi sokongan walau di mana pun mereka berada.

Together we unite, together we support, and together we will be Manchester United’s Supporters.

Glory! Glory! Manchester United!

-by aneep (blogmaster)

Malaysia Manchester United Fan Club Blog
Thanks to : Comparison Shopping