Archives for Futsal

Pada hari Sabtu yang lepas, bersamaan 11 Julai 2009, telah diadakan perlawanan persahabatan di antara pasukan futsal Mymanutd bersama pasukan Harimau Malaya.com. Perlawanan persahabatn tersebut telah diadakan di Sport Planet Subang Grand. Perlawanan tersebut adalah selaras dengan menyambut kedatangan Manchester United yang akan menentang pasukan pilihan Malaysia pada 18 Julai nanti.

Setelah dipersetujui kedua-dua pihak, perlawanan yang boleh diklasifikasikan sebagai perlawanan antara kelab penyokong Manchester United dan kelab penyokong Malaysia, telah membuat keputusan untuk menurunkan dua pasukan futsal bagi setiap kelab. Setiap pasukan berpeluang untuk bermain 2 perlawanan menentang pasukan A dan B kelab lawan.

Perlwanan persahabatan tersebut dimulakan kira-kira jam 5 petang dengan dimulakan kedua-dua kelab menurunkan pasukan A. Perlawananan kedua selepas itu adalah di antara pasukan B Mymanutd dan pasukan B HMC. Setelah selesai kedua-dua perlawanan ini, kedua-dua pasukan berehat seketika bagi mnyusun strategi untuk bermain dalam perlawanan seterusnya.

Setelah rehat yang agak panjang, perlawanan diteruskan dengan pasukan A Mymanutd menentang pasukan B HMC. Perlawanan terakhir pada hari tersebut adalah di antara pasukan B Mymanutd bertemu pasukan A HMC. Kesemua perlawanan berjalan dengan baik tanpa sebarang pergaduhan atau gangguan. Keputusan penuh yang diperolehi hasil dari jaringan kedua pasukan, Mymanutd tewas 8-17.

Walaupun dengan menghadapi kekalahan, pasukan Mymanutd tetap komited untuk meneruskan perjuangan bagi menaikkan nama kelab Mymanutd ini. Langkah pertama yang di ambil adalah dengan mendapatkan khidmat seorang juralatih berasal dari Iraq yang telah lama bermastautin di Malaysia. Beliau merupakan kakitangan AFC, dan juga pada yang sama telah bersama dalam Mymanutd sebagai ahli kelab. Pihak pengurusan dan meja penulis mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada saudara CoachAziz yang secara rasmi menjadi coach futsal Mymanutd.

Selain dari acara futsal, turut terlibat pada hari itu adalah sebuah syarikat TV tempatan, RTM. Mereka mengambil kesempatan ini untuk mengadakan temuramah sempena kedatangan Manchester United ke Malaysia. Beberapa orang telah terpilih untuk mewakili Mymanutd sebagai jurucakap dan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan. Antara soalan-soalan yang ditanyakan adalah, adakah kedatangan Manchester United ke Malaysia adalah sebagai hiburan atau mencari pengalaman buat pemain Malaysia? ; Mampukah pemain-pemain Malaysia meraih sesuatu yang berharga di sebalik perlawanan ini?. Untuk mengetahui jawapan, sila nantikan kemunculan temuramah ini di RTM.

Turut sama menyaksikan perlawanan persabatan ini adalah seperti, saudara Rushdi, saudara Wakslee, saudara Aneep, saudara Eastma, saudara Ikmalisme, saudara Carrick, saudara Zeiwa, saudara Pisco dan isteri, saudari NurulCR77, saudari Fa.nadya, saudari Redqween dan ramai lagi. Kemeriahan turut terasa apabila turut diadakan aktiviti futsal wanita, yang hanya  melibatkan 4 orang gadis Mymanutd dan selainnya diisi kekosongan oleh jejaka-jejaka Mymanutd yang sangat bersemangat. Kehadiran semua memberi sokongan amat dihargai dan diharap akan terus memberi sokongan pada setiap aktiviti Mymanutd di masa akan datang.

Glory! Glory! Manchester United!!! Majulah sukan untuk Malaysia!!! We are One United!!!

-by aneep (blogmaster)

Aktiviti Mymanutd

Posted in June 19th, 2009
by admin

Setelah hampir sebulah Liga Perdana Inggeris(EPL) melabuhkan tirai dan saingan Liga Juara-juara Eropah(UCL) juga telah selesai, Musim 08/09 telah pun tamat. Manchester United berjaya mengekalkan kejuaraan EPL namun gagal di saingan Liga Juara-juara Eropah. Lebih memeranjatkan lagi dengan penjualan bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo dengan jumlah bayaran tertinggi dunia. Apakah akan berlaku seterusnya? Sama-sama kita nantikan saingan pada musim hadapan.

Walaupun saingan EPL dan UCL telah tamat, namun kelab penyokong Mymanutd tetap giat dan terus memberi sokongan. Mymanutd tetap aktif dengan aktiviti-aktiviti riadah yang telah disusun sepanjang ketiadaan perlawanan yang melibatkan pasukan tersohor Manchester United. Saat yang paling dinantikan adalah ketibaan pasukan kesayangan, Manchester United, ke Malaysia dalam dalam melengkapkan jadual Jelajah Asia 2009. Manchester United dijaduakan tiba di Malaysia selewat-lewatnya pada hari Jumaat bersamaan 17 Julai 2009. Manchester United kemudiannya akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan pilihan kebangsaan Malaysia yang dijadualkan pada hari Sabtu 18 Julai 2009 di Stadium Bukit Jalil.

Selain dari member sokongan pada Jelajah Asia berkenaan, Mymanutd juga telah menganjurkan beberapa aktiviti sukan termasuk bola sepak. Aktivti sukan ini adalah untuk mengeratkan hubungan di antara sekalian ahli Mymanutd samada yang baru mahupun yang lama. Antara aktiviti-aktiviti sukan yang telah dianjurkan adalah seperti bola sepak, badminton, tenis, paintball dan yang masih dalam perbincangan sukan hoki.

Kesemua sukan ini adalah untuk mengisi masa lapang sambil melakukan aktiviti yang berfaedah dan menyihatkan. Aktiviti-aktiviti ini telahpun bermula peringkat demi peringkat, semenjak kelab ini ditubuhkan. Buat masa ini, aktiviti-aktiviti ini hanya aktif di sekitar zon lembah klang. Insyaallah, dalam masa terdekat, aktiviti ini akan diperkembangkan ke zon utara dan juga selatan tanah air.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti ini, sila daftarkan diri sebagai ahli dan aktifkan diri bersama Mymanutd. Setiap maklumat tentang aktiviti boleh dirujuk di dalam forum Mymanutd.

Majulah sukan untuk Mymanutd.

- by aneep (blogmaster)

Malaysia Manchester United Fan Club Blog
Thanks to : Comparison Shopping