Pada 22hb dan 26hb April 2009 yang lepas, Manchester United telah bertemu dengan dua pasukan untuk dua perlawanan Liga Perdana Inggeris.
Pada 22hb April 2009, perlwanan yang bermula seawal jam 2.45 pagi adalah di antara Manchester United menentang Portsmouth. Walaupun Porthmouth adalah pasukan yang berada jauh ke bawah, namun perlwanan ini tetap menjadi nadi kebangkitan pasukan Manchester United yang tewas dalam perlawanan terakhir mereka.
Manchester United yang masih lagi tersentak dengan kekalahan separuh akhir piala FA, bermain agak berhati-hati. Percaturan yang dilakukan oleh Sir Alex Ferguson pada perlawanan ini lebih kepada berhati-hati dan cuba menjaringkan gol awal untuk mencapai kemengangan dan meraih mata penuh. Kekalahan atau keciciran mata boleh membuatkan pasukan lawan seperti Liverpool dan Chelsea mengejar dan merapatkan jurang.
Perancangan awal Sir Alex tampak membawa hasil apabila Wayne Rooney berjaya menggegar jaring seawal minit ke-8. Jaringan awal itu memberi kelegaan kepada pengurusan, pemain dan juga penyokong Manchester United. Manchester yang hanya menurunkan Rooney selaku penyerang tidak menambah jaringan sehingga separuh masa pertama berakhir.
Kebuntuan di bahagian serangan dan kekurangan sokongan dari bahagian tengah telah menyebabkan SIr Alex membuat bebrapa pertukaran pemain. Kemasukan Joh O’Shea dan Carrick sedikit sebanyak merubah rentak permainan Manchester United. Manchester United mendapat dua peluang terbaik untuk menambah jaringan. Peluang pertama tidak dapat disudahi oleh Ryan Giggs yang mendapat hantaran lintang dari Cristiano Ronaldo.
Walaubagaimanapun, Ryan Giggs berjaya mengubat kekecewaan itu dengan membuat hantaran cantik untuk Wayne Rooney menolak masuk bola ke dalam gawang gol tetapi sekali lagi Manchester United terpaksa berputih mata setelah jaringan itu tidak disahkan oleh pengadil kerana terperangkap ‘offside’.
Jaringan yang dinantikan akhirnya muncul pada minit ke-82 hasil rembatan pemain gantian Michael Carrick. dengan jaringan itu, pasukan Manchester United hampir mengesahkan kemengan. Sehingga wisel penamat dibunyikan, keputusan kekal Manchester United menang dengan kemengan 2-0.
Setelah berehat 4 hari, pasukan Manchester United sekali lagi mengharungi perlawanan Liga Perdana Inggeris. Pada 26hb April 2209, kira-kira jam 12.30pagi, perlwanan di antara Manchester United menentang Tottenham Hotspur dimulakan. Namun permainan kali ini agak berbeza berbanding perlawanan yang lepas. Sir Alex menurunkan sebahagian besar pemain utama dan menyenaraikan 2 orang penyerang iaitu Wayne Rooney dan Dimitiar Berbatov. Manakala seorang lagi penyerang, Carlos Tevez berada dalam barisan simpanan.
Namun, hasil yang di harapkan tidak begitu memberangsangkan. Pasukan Manchester United seakan-akan lebih terdesak dalam membuat gerakan dan menyerang. Serangan demi serangan yang dilancarkan seawal sepak mula berjaya dipatahkan oleh bahgaian pertahanan lawan dan juga penjaga gol lawan. 30 saat permainan bermula, Manchester memulakan rentak serangan dengan Berbatov mendapat hantaran dari Darren Fletcher yang sedikit tinggi dari jangkauan Berbatov menyebabkan penjaga gol mudah manangkap bola. Peluang seterusnya datang dari Cristiano Ronaldo yang membuat rembatan kencang dari luar kotak penalti, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Spurs. Sekali lagi Ronaldo mendapat peluang hantaran lintang dari Nani ditanduk sedikit melepasi palang gol.
Aksi garang Manchester United itu tidak mematahkan semangat pasukan pelawat yang terus menggandakan asakan. Hasilnya, pada minit ke-29, hasil hantaran lintang Vedran Corluka yang gagal dikeluarkan oleh Vidic dan pertahanan Manchester United, pasukan pelawat memecah kebuntua
n gol dengan jaringan oleh Darren Bent. Gol berkenaan menaikkan semangat pasukan pelawat. Serangan pasukan pelawat terus digandakan, dah hasil dari kelincahan Aaron Lennon, sekali lagi Spurs berjaya menggegar jaring pada minit ke-32. Hantaran lintang Lennon berjaya disambut baik oleh Luca Modric yang agak tidak dikawal rapi. Keputusan 0-2 kekal sehingga tamat separuh masa kedua.
Manchester United yang memerlukan kemengan segera membuat percaturan baru dengan memasukkan Carlos Tevez dan Paul Scholes untuk memantapkan lagi bahagian serangan. Hasilnya, pada minit ke-57, Manchester United dihadiahkan sepakan pena
lti kontroversi setelah Michael Carrick dilihat seperti dijatuhkan oleh penjaga gol di dalam kotak penalti. Sepakan penalti itu tenang di ambil oleh Cristiano Ronaldo untuk menjadikan keputusan 1-2.
Selepas jaringan tersebut, semangat pemain-pemain Manchester United berkobar-kobar untuk menjaringkan gol. Ini terbukti dengan tambahan 4 gol dalam masa 10 minit. Gol kedua ataupun gol penyamaan Manchester United terhasil pada minit ke-68 apabila Rooney berjaya melepasi pertahanan lawan dan membuat rembatan kencang yang leret ke sisi kanan gol. Rembatan tersebut berjaya ditepis oleh penjaga gol, namun ianya terus mencecah jaring. Seminit kemudian, satu lagi gol berjaya dihasilkan. Rooney yang mendapat hantaran daripada Berbatov terus membuat lintangan cantik yang disambut dengan tandukan terbang oleh Ronaldo dan menjadikan gol kedua peribadi untuknya pada perlawanan itu dan juga gol ketiga untuk Manchester United.
Amukan Manchester United belum berakhir. Serangan terus dilancarkan dengan bersungguh-sungguh. Hasilnya, pada minit ke-71 sekali lagi Rooney mencatatkan nama selaku penjaring. Rooney sekali lagi melepaskn diri dari kawalan pertahanan Spurs sebelum membuat rembatan kencang. Rembatan berkenaan berjaya ditahan oleh pertahanan, namun bola telah pun melepasi garisa
n dan pengadil meniup wisel untuk mengesahkan gol tersebut. Jaringan itu menjadikan kedudukan semasa 4-2. Manchester United masih lagi belum ingin bertenang. Pada minit ke-79, satu lagi jaringan telah dihasilkan. Kali ini jaringan telah dilakukan oleh Dimitiar Berbatov yang bergelut dihadapan pintu gol bersama-sama penjaga gol yang telah terbaring. Kesilapan penjaga gol yang tidak menangkap kemas bola tersebut memberi peluang untuk Berbatov menolak masuk bola dengan mudah dan melengkap kemengan beragaya Manchester United, 5-2. Jaringan itu kekal sehingga ke wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan.
Perlawanan seterusnya adalah Liga Juara-juara Eropah. Di harap Manchester akan mengekalkan rentak kemenangan untuk menentang Arsenal.
Glory! Glory! Manchester United!
- by aneep (blogmaster)