Setelah sekian lama blog ini tidak aktif, akhirnya masalah teknikal yang dihadapi dapat diatasi. Ribuan kemaafan di atas kesulitan yang dialami. Terima kasih kepada yang masih mengikuti perkembangan kelab di dalam blog sementara yang dijadikan pengganti semasa blog ini tidak beroperasi. Kini sebarang info terkini boleh dibaca di dalam blog ini dari masa ke semasa.
Sebagai artikel pertama untuk tahun 2010, penulis memulakan bicara dengan mengucapkam selamat datang dan selamat membaca kepada semua pembaca, bloggers dan juga ahli-ahli kelab Mymanutd.com baik yang baru mahupun yang sudah lama aktif. Segala kekurangan yang ada adalah amat dikesali dan berharap semua dapat menerima seadanya.
Seperti yang telah anda sedia maklum, pengurusan Mymanutd telah membuat
kerjasama dengan Akar Creative dalam memperkenalkan kelab kepada semua penyokong Manchester United di Malaysia dan juga di negara jiran Singapura. Kerjasama itu adalah di dalam bentuk artikel yang diterbitkan di dalam Majalah kelab Manchester United pertama di dalam bahasa melayu iaitu ‘The Man Is U‘. Isu pertama yang memuatkan cerita tentang kelab Mymanutd adalah di dalam isu ke-9. Dapatkan segera di kedai berhampiran selagi stok masih ada.
Berbalik kepada aktiviti terbaru Mymanutd. Baru-baru ini, pada hari Sabtu bersamaan 6 Mac 2010 telah diadakan kejohanan bowling Mymanutd edisi ke-3. Ianya telah di adakan di Metropoint Bowling Centre di Kajang. Seperti edisi terdahulu, pihak penganjur telah menyediakan hadiah saguhati untuk semua peserta, hadiah untuk 3 kumpulan terbaik, 3 hadiah untuk pungutan jatuhan keseluruhan pin tertinggi untuk peserta lelaki, 1 hadiah untuk pungutan kesuluruhan jatuhan pin tertinggi wanita dan anugerah khas Raja Longkang dan Ratu Longkang bagi peserta yang memungut pungutan terendah. Turut di adakan sesi cabutan bertuah yang menjanjikan beberapa hadiah menarik untuk dimenangi.
Seramai 40 orang mengambil bahagian pada kejohanan tersebut yang membarisi beberapa pemain yang hebat seperti penyandang ‘top bowler’ lelaki edisi kedua, saudara Red Kuaci, penyandang ‘top bowler’ wanita edisi kedua, saudari Yashie dan juga pasangan suami isteri yang juga penyandang juara berkumpulan edisi kedua, saudara Sir Pisco dan saudari Ladyfingers. Nama-nama yang harus diberi perhatian juga adalah seperti saudara Adi_dassler, saudara Nicherology, saudara Guki dan juga saudara Dany. Masing-masing mempunyai bakat terpendam yang boleh membuahkan hasil memberangsangkan.
Kejohanan kali ini bermula jam 3.30 petang. Setelah semua peserta mengenalpasti kumpulan masing-masing, lontaran pertama dimulakan dengan 5 minit sesi bebas untuk semua peserta. Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan yang diberi nama sempena nama-nama pemain lagenda Manchester United. Antara nama-nama kumpulan tersebut adalah seperti David Beckham, Ryan Giggs, Steve Bruce, Peter Schmeichel, Ole Gunnar Solskjaer, Bryan Robson, Sir Bobby Charlton, Gary Pallister, Eric Cantona dan Ruud Van Nistelrooy.
Di akhir perlawanan, kesemua pemenang menerima hadiah termasuk piala pusingan bagi juara acara berkumpulan yang disampaikan oleh Naib Presiden Mymanutd, saudara NarutoKun. Juara bagi acara berkumpulan untuk edisi ketiga dimenangi oleh pasukan Gary Pallister yang dibarisi oleh saudara Afzani81, saudara Dany, saudara Aneep dan juga saudari Yashie dengan pungutan jatuhan pin keseluruhan 1686 untuk 3 set permainan. Tempat kedua disandang oleh pasukan Steve Bruce dengan jatuhan pin keseluruhan 1564 yang dibarisi oleh saudara Furedo, saudara Sabit, saudara Ephol dan saudara Darkness. Pasukan Ole Gunnar Solskjaer yang membariskan saudara Red Kuaci, saudara Jeff_brown, saudara Kurt_kantoi dan saudari Ieja_tomey telah berjaya menduduki tempat ketiga dengan pungutan keseluruhan 1549.
Bagi acara individu pula, kategori lelaki menyaksikan juara baru telah
dinobatkan. Saudara Adi_dassler berjaya mengumpul pungutan tertinggi individu edisi ketiga sebanyak 490 jatuhan pin. Tempat kedua dimengangi oleh penyandang juara edisi kedua iaitu saudara Red Kuaci dengan beza 1 jatuhan pin berbanding juara iaitu 489
jatuhan pin. Tempat ketiga juga turut memberi saingan dengan jatuhan pin 485 telah dimenangi oleh saudara Guki. Bagi kategori wanita, saudari Yashie masih belum mendapat pencabar yang mampu menandingi kehebatan beliau.
Dengan 409 jatuhan pin, beliau berjaya mempertahankan kejuaran untuk edisi ketiga ini. Anugerah Raja Longkang edisi ketiga pula dimenangi oleh saudara Ejal_kronik yang sememangnya agak kronik dengan lontaran ’spin’ beliau yang tidak menentu. Manakala anugerah Ratu Longkang dimenangi oleh saudari Ieja_tomey yang merampas takhta daripada penyandang edisi lepas, saudari Nurul_CR77.
Terima kasih kepada yang memberi kerjasama dan juga sekalung tahniah kepada yang telah berjaya. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, cuba lagi pada edisi akan datang.
Majulah sukan Mymanutd..
Glory glory Mymanutd!!!
-by aneep (blogmaster)















